Header Ads

16-11-2010 : Dari Pagi Ke Petang

Salam petang buat rakan-rakan bloggers (biarpun xde rakan tetap nak wish kepada rakan-rakan gaks) hihi... DVII nak cerita kisah dari pagi ke petang 16 November 2010 yang telah DVII lalui selama 17 jam...:D ok..'start' dari pagi hendak ke 'office' mata DVII merah padam sebelah kanan (seperti dalam gambar), kalau diikutkan hati DVII hendak jer gi ke klinik mengambil ubat dan juga 'MC' ('medical certificate') huhuhu...tapi difikirkan yang DVII sebelum nih banyak hari tiada di 'office' so gagahkan juga memandu WRK...diiringi doa agar 'merah' dan pedih di mata kanan yang berair beransur pulih...akhirnya ianya seperti sediakala, tetapi agak 'gatal-gatal' sedikit...huhuhu...ok!

Nak cerita pasal 'breakfast'! DVII dan Azmi dan juga Epol, bertiga jer...telah pergi 'breakfast' di luar buat julung-julung kalinya pada jam 9.30 pagi waktu Bangi...hehehe...kat mana yer? owh...kat Gerai Makan berhampiran Pejabat Pos Bandar Baru Bangi...fasa berapa yer? seksyen 16 kot...hihihi...DVII makan Nasi Lemak + Telur Mate + Teh Ais (lama da tak minum teh ais nih) .. semuanya RM3.70 sahaja, murah kan?...
Seterusnya menjelang tengah hari, DVII telah di ajak oleh 'opismate' untuk 'lunch' atau bermain 'bowling'...so kata putus telah dicapai untuk bermain 'bowling' di Warta @ Bangi Utama yang telah disertai oleh DVII, Epol, Zahar, Azmi, Khairul dan juga Farid(payed)...payed ajak main di 'south city'...giler...jauh tue...nanti dikatakan mengular pula kalau lewat masuk ke 'office'...
Sampai di sana DVII dan 'opismate' bermain sebanyak 2 'frame' dan keputusan seperti yang dipamerkan di atas dan bawah 'statement' ini...ok! DVII dapat 100 mata untuk '1st game' dan 87 mata untuk '2nd game'...drop sangat² sebab dah lama DVII tak bersukan boling nih...DVII takdelah sehebat Shalin Zulkifli tue..ok!...Selesai sudah, perut DVII sudah berbunyi dan berdondang sayang...apalagi, 'food court' level 3 menjadi destinasi pilihan... DVII 'order' Nasi Ayam + Teh O Ais Limau dan bayaran dikenakan sebanyak RM6.40... agak mahal juga Nasi Ayam tue yer...ayam pon x mahal macam tue...hahaha...so selesai mengisi perut memasing, DVII beransur pulang ke 'office' untuk meneruskan kerja...manalah tahu ada berita gembira dapat 'half day'...tetapi akhirnya kecewa juga...tiada pengumuman diumumkan...:(

Menjelang Jam 1700 E72 DVII telah di'ringing'kan oleh seseorang (identiti dirahsiakan) yang meminta DVII membantu untuk menukar tayar kenderaannya yang pancit!!!...kebetulan DVII masih di 'office' jadi dengan rela hati, DVII pergi membantu mangsa tersebut, terkejut juga apabila melihat bukan calang-calang kenderaan yang DVII perlu tukar tayarnya...nak tau ape? huh...ni dia...Nissan Grand Livina! pergh...
DVII mengambil masa lebih kurang 20 minit di lokasi kejadian, (cepat juga yer) huhu...sambil mengeluarkan peluh yang melimpah ruah membasahi jersi!!! huh! (sihat lah katakan)...selesai sudah DVII melakukan kerja amal menjelang Hari Raya Aidiladha ke 1431h ni...tetiba DVII mendapat 'duit raya'...syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T di atas kurniaan rezeki kepada DVII...pepatah mengatakan 'rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari' betul tak? hehehe....walaupun dah tolak, tetapi tetap diberikan jua...terima kasey!! moga beliau juga akan dilindungan Allah S.W.T di atas budi bicara beliau yer...so DVII berpeluh-peluh sangat², tp rasa-rasa berbaloi juga yer...itulah...betul orang kata, buat kerja jangan mengharap balasan...urmmm...

ocay! sekarang jam menunjukkan 1801 waktu Bangi ya..DVII hendak menamatkan coreta di sini untuk petang ini, walaupun panjang lagi jalan cerita sebenarnya...hehehe...ocay! sekian...wassalam...

* credit to Majalah Kereta Online di atas gambar ihsan.:)

-TQ-
-S1IT-

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.