Header Ads

30-11-2010 : RON97 naik 15 sen 1 Disember 2010.



Salam selamat malam buat semua pengunjung DVII blog, hurm... DVII dah puas menjelajah www.bernama.com dan juga media arus perdana www.bharian.com.my dan juga www.utusan.com.my tetapi masih tiada lagi berita terkini mengenai kenaikan harga petrol Ron97 sebanyak 15sen seliter berkuatkuasa jam 12 malam ini 1 Disember 2010 seperti yang telah diwar2kan di blog-blog dan facebook sejak dari jam 8 malam tadi... Minyak Naik Lagi??? hehe... ala 15sen jer...Oktober haritue 5sen jer kan...hehe.... so sama-sama kita nantikan berita sebetulnyer...adakah naik...??? buat yang pakai Ron97, 'takpe' kete anda tetap power dan laju...hihi...yang menggunakan Ron95 menarik nafas lega jika berita ini benar kerana tiada kenaikan untuk kali ini. :)

UPDATE

Terkini dari Bernama, Bharian, Utusan
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PetrolRON97naik15senselitermulaiesok/Article

KUALA LUMPUR: Harga minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok berikutan harga pasaran minyak dunia semasa.
Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaranminyak dunia semasa.
Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter. -- BERNAMA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.