Header Ads

Bharat Tea Plantation, Cameron Valley, Cameron Highlands



Pada 24 - 27 Oktober 2010 yang lalu, DVII sekali lagi menjejakkan kaki di bumi Cameron Highlands utk kali kedua bersama keluarga terchenta. Kali ini destinasi lawatan DVII diaturkan mengikut keadaan. Kalau tahun 2008 Boh Tea Factory @ Sg. Palas menjadi destinasi pertama untuk ke ladang teh, kni DVII & Fam. menuju ke Tanah Rata untuk melawat 2 Ladang Teh, iaitu Boh Tea Plantation (Boh Tea Plantation) dan Bharat Tea Plantation.

Setelah menuju untuk mencari lokasi Boh Tea Plantation tidak dijumpai, kami terpaksa berpatah balik ke Bharat Tea Plantation(seperti didalam gambar). Tgk dari jalan raya tidaklah menarik perhatian DVII untuk berhenti, tetapi setelah kecewa tidak menjumpai BTP cukuplah singgah di Bharat Tea ini.


Amat teruja apabila memerhatikan ladang teh ini dari atas, (Cameron Valley) DVII turun ke bawah. Suasana amat dingin sekali di sini, diikuti awan biru yang cukup cantik untuk pengambaran perkahwinan (wedding photoshoot). DVII mengambil beberapa(bukan beberapa tetapi byk keping gambar..hehe) gambar kenangan di ladang berkenaan bersama keluarga. Terasa macam xnak meninggalkan ladang teh berkenaan.

Setelah puas mengambil gambar dari pelbagai sudut, DVII & Fam. naik ke atas dan beransur untuk meneruskan destinasi ke tempat lain.

* Memang puas hati...
* 5 * bagi kat tempat tu dengan cuaca yg baik sekali.

Yang menariknye lagi, setelah membeli-belah di Tea Shop(seperti gambar di sebelah) DVII perasan 1 'signboard' yang mana para pelanggan or peminat teh bharat / cameron valley nih, boleh membuat 'order online' melalui Bharat Tea Shop Online. Memang 1 kemajuan yg DVII lihat, sebab tanpa pergi pon boleh dapatkan Teh Cameron nih. Thumb Up!

* Boh Tea Factory terletak di Ringlet 14km dari Tanah Rata, rupanya masih jauh kedepan dari Bharat Tea tue ketika DVII berpatah balik...sebab tiada 'signboard' yang dijumpai...kang terlajak sampai ke Tapah pula jalan tue..:)

Disertakan peta Cameron Highlands di http://farhancr7.blogspot.com/2010/11/map-of-cameron-highlands.html

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.