Header Ads

14-11-2010 : BMW 5 Series di Apartment Putrajaya @ DVII House ???


Salam pagi semua, apa yang DVII nak bicarakan ketika ini ialah, sebentar tadi ketika DVII tiba di Apartment Presint 8, DVII terperasan sebuah BMW yang tak tahu berapa Seriesnya, mungkin 5 mungkin 7 series ataupun DVII silap (maaf kurang arif) terkelihatan di bawah Apartment/Flet di sini.

Pelik ? yelah, setahu DVII... kebanyakkan yang tinggal di sini ialah kakitangan kerajaan berjawatan dari Gred 1 - 32 sahaja, tak tahulah pula jika ada yang Gred 41 turut tinggal di sini...(mungkin ada sebab DVII tak buat bancian ok!)

Dengan Gred yang sedemikian, sebagai seorang kakitangan awam, mampukah untuk memiliki BMW terbaru? huh...fikir2kanlah... bagi DVII pemilik BMW tersebut mungkin seorang Ahli Perniagaan Berbilang Tingkat / MLM yang berjaya, ataupun salah seorang dari isi rumah memiliki jawatan yang besar di Syarikat swasta, dan kemungkinan yang lebih tepat lagi ialah.... sanak saudara datang menziarahi sempena Cuti sekolah ini. :) betul kan?

hehehe...dan setelah DVII amati dekat2, rupanya BMW ini kepunyaan Ahli Diraja Perak, kerana terdapat badge kerajaan negeri di PLET BMW terbabit. So jawapan rasanya telah dikenal pasti...tiada lagi gossip2...:)

* DVII tiba di DVII House dari Presint 9.:)
-TQ-
-S1IT-

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.