Header Ads

MU Kembali Kuasai Takhta EPL???


Yeah...itulah di antara topik menarik Berita Harian hari ini, kerana Manchester United telah menduduki takhta English Premier League (EPL) buat tempoh lebih kurang 24 jam sebelum Chelsea turun gelanggang dalam misi merampas kembali kedudukan singgah sana EPL.

Apa yang menarik, MU telah kenduri gol di Stadium Old Trafford ke atas Blackburn Rovers. Keputusan perlawanan pada 27 Nov (malam tadi) yang juga DVII saksikan dari skrin TV di rumah... MU telah meledak sebanyak 7 gol... dan melepaskan 1 gol saguhati kepada Blackburn ketika perlawanan berbaki 7 minit...

Sentuhan Jaringan 5 gol telah dihasilkan oleh Berbatov,manakala Nani dan Park Ji-Sung menambah koleksi 1 gol mereka, 5 gol dalam 1 perlawanan EPL adalah yang pertama sejak 15 tahun, di mana kali terakhir Andy Cole menjaringkan gol ke atas Ipswich Town pada tahun 1995. Sudah semestinya Berbatov sebagai pemain antarabangsa Bulgaria berbangga kerana berjaya menjaringkan 5 gol di Liga Perdana England yang mencabar.

Perlawanan Manchester United vs Blackburn Rovers, tidak dicemari dengan kad merah, berbanding perlawanan Manchester United vs Wigan minggu sebelumnya,2 pemain Wigan diperintah keluar padang oleh pengadil [MU 2 - 0 Wigan]. Walaupun jumlah pemain yang agak seimbang, tetapi Blackburn tidak dapat membalas serangan dan hanya mampu bertahan serangan demi serangan oleh jentera United yang dikepalai oleh Wayne Rooney, Berbatov, Nani dan Ji-Sung.

Ternyata Rooney walaupun tidak menjaringkan gol, tetapi telah banyak membantu rakan-rakan mencipta gol. Tahniah buat Rooney dan MU!... Dengan keputusan semalam, United berjaya merapatkan perbezaan jaringan dengan Chelsea kepada 19 sama. Berbanding sebelum ini, Chelsea gah dengan penguasaan lebihan jaringan.

Sama-sama kita nantikan kesudahan Chelsea vs Newcastle United untuk mengesahkan kedudukan singgahsana EPL milik siapa minggu ini.

~ Glory - Glory Man. United ~


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.