17-11-2010 - Sehari Di Hari Raya Aidiladha Putrajaya
Syukur, Alhamdulillah...akhirnya DVII dapat jua bertemu Hari Raya Aidiladha dan menyambutnya bersama keluarga yang tercinta di DVII House @ Putrajaya... Seawal jam 0630 DVII telah bangun dan bersiap untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 8, Putrajaya. Solat dimulakan sekitar jam 0800.Tajuk khutbah pada kali ini ialah 'Lembayung Ilahi' yang telah dibacakan oleh Ustaz Zakaria dengan suaranya yang sungguh membuatkan para muslimin dan muslimat untuk mendengar dengan tekun...satu lagi daya penarik ialah Persembahan Khutbah telah ditayangkan dalam bentuk Multimedia kepada para jemaah. Ini dapat membantu para jemaah daripada rasa mengantuk kerana membaca Teks Khutbah tersebut yang amat menarik didatangkan dari JAWI. Solat & Khutbah raya selesai sekitar jam 0930 dan para jemaah dijamu dengan Nasi Dagang dan pelbagai jenis kuih muih dan kek.
Seterusnya acara menyembelih lembu akan dilakukan di belakang Surau, yang mana pada kali ini SPAA akan menumbangkan 6 ekor lembu. (maaf lah yer, kali ini tidak dapat ambil sebarang bahagian kecuali daging dengan menggunakan kupon sahaja.)
Pelbagai aksi dapat disaksikan supaya kesemua lembu tersebut dapat ditumbangkan dan disembelih oleh pakar sembelih. DVII tunggu sehingga selesai majlis qurban tersebut dan kemudian beransur pulang.
Jam 1200 pula DVII bersama abang dan kakak ipar ke Majlis Qurban Ahli Parlimen Putrajaya yang mana terdapat agihan daging lembu sebanyak 30 ekor telah disumbangkan. DVII dapatlah menjamah makanan yang dihidangkan yang mana semuanya berasaskan daging...huhuhu...berlaku adegan yang tidak diingini di sekitar majlis tersebut...huhuhu...(Tuhan jer yang tahu) Di sini juga dapat dibuat tuntutan daging korban dengan menunjukkan KUPON yang telah diberikan oleh UMNO/BN melalui Wakil-wakil UMNO di blok berkenaan. Dapatlah sebutir beg kertas dan segumpalan daging...huhu....maka DVII pun beransur pulang...

hahha..kelakar lak bl baca ada adegan yang x diinigni berlaku...????hahhaha..
BalasPadamkelakar yerk?
BalasPadamtehah ar...:P~ cube jgn bg berlaku...g jerk teros...hehehe....