Header Ads

Berbuka Puasa di Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor


Semalam akhirnya dapat juga aku dan kawan-kawan office aku berbuka puasa bersama-sama. Lokasi pilihan untuk berbuka puasa pada tahun ini akhirnya sama seperti tahun lepas (",). Iaitu di Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Sebenarnya beberapa tempat telah dicadangkan seperti di Restoran Steamboat di MAEPS Serdang, Village View di Jalan Reko, Red Wok Restaurant, tetapi akhirnya berbuka sahaja Anje Rest.

Aku tak kesah,sebab kat situ ada menu kesukaan aku (",), Restoran Anje telah di booking oleh En. S untuk 8 seat melalui panggilan telefon.(",)
 Bosan disebabkan waktu mula boleh ambil makanan jam 7.00 malam, untuk yang take-away sahaja, boleh beli dan bayar dahulu.
Orang beratur panjang setelah jam 7.00 malam, aku awal-awal beratur kat depan...
Jeli kelapa dan keladi disponsor oleh En. Z (",) TQ
Menu Nasi Beriani + Ayam Beriani + Teh O Ais Limau = RM7.70
Menu Nasi Beriani + Ayam Goreng Rempah (Besar) + Teh O Ais = RM9.00
Menu Nasi Beriani + Kambing Beriani + Limau Ais = RM9.00
Menu kesukaan aku! Kambing Oh Kambing!
Menunggu waktu berbuka! mengadap makanan lamanya.... ;-(
(",)


Lihat, habis meja tu, penuh dengan plastik makanan yang dibeli di Bazar Ramadhan Bangi berdekatan Shell. TQ kepada semua yang beli juadah berbuka.

Kurma turut disediakan, kawan aku dah beli kurma RM2 kat bazaar dah, bajet takde pemanis untuk berbuka.(",). tapi kurma beli lagi sedap...hehehe
Selesai majlis disitu dalam jam 8.00 malam.
* kalau nak datang berbuka puasa di mana-mana restoran pastikan membuat tempahan awal terlebih dahulu bagi menjamin tempat dan makanan anda.

Untuk Tempahan tempat call nombor telefon Restoran Anje : 03-8926 8061

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Nasi Beriani Kambing, Nasi Beriani Ayam, Nasi Beriani Daging

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.