Header Ads

Indonesia vs Malaysia Batal, Ikut Jejak Oman, Indonesia Takut?.


Indonesia vs Malaysia Batal
Malaysia vs Oman Batal

Oman dan Indonesia Tak Pandang Malaysia!
Aku sebagai rakyat Malaysia dan juga penyokong bolasepak Kebangsaan Harimau Malaya, berasa amat kecewa dengan berita perlawanan bertaraf kelas A: Malaysia vs Indonesia yang telah 2 kali ditunda tarikhnya akhirnya diBATALkan terus oleh Pihak Persatuan Bolasepak Indonesia.


Mengapa boleh jadi begini disaat Oman telah mengumumkan penarikan diri bertandang ke Malaysia, tiba-tiba Indonesia juga tarik diri untuk perlawanan persahabatan dengan Malaysia yang dianggap sebagai persiapan Oman dan Indonesia di Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014.

Sudahlah Oman tarik diri, selepas itu, Indonesia juga bermain tarik tali dengan perlawanan persahabatan ini, dan akhirnya dibatalkan terus. 

Aku terasa seperti Malaysia senang-senang sahaja dimalukan oleh pasukan lawan ketika ini disebabkan Malaysia berada dalam Ranking FIFA yang lagi bawah dari Oman dan Indonesia. Apatah lagi mungkin Indonesia dan Oman beranggapan Malaysia lagi lemah dari Singapore yang layak ke Perlawanan Kelayakan Piala Dunia... Sebab tu dibatalkan...

Nanti Indonesia Kalah, jatuhlah ranking diorang!...

Ranking FIFA
107- Oman

131- Singapore
137- Indonesia

146- Malaysia

Ranking FIFA Malaysia ketika ini tidaklah jatuh merudum disebabkan kekalahan kepada Singapura, tetapi Singapura yang naik mendadak dan meninggalkan kedudukan Malaysia dalam carta Ranking FIFA.

Diharap FAM selaku Persatuan Bola Sepak Malaysia dapat mencari negara lain untuk Malaysia Friendly Match bertaraf antarabangsa. Yang mana dapat meningkatkan prestasi pemain Malaysia dan juga ranking Malaysia di dunia.

 Selangor, antara pasukan yang menerima pelawaan dari FAM sebagai galang ganti perlawanan persahabatan untuk skuad Harimau Malaya.
 
Malaysia vs Selangor
6 Ogos 2011 






Malaysia vs Indonesia, Indonesia vs Malaysia, Friendly Match Malaysia vs Indonesia, Friendly Match Indonesia vs Malaysia, Indonesia vs Malaysia dibatalkan, Malaysia vs Oman, Oman vs Malaysia, Oman vs Malaysia Friendly Match

6 ulasan:

  1. LAST2 MALAYSIA LAWAN SELANGOR... OKLAH TU DARI TAKDE GAME..

    BalasPadam
  2. lwn selangor x efex ranking...tu yg tak best...

    BalasPadam
  3. harap team Malaysia akan terus maju .

    BalasPadam
  4. @fairus ~

    nak wat camne kan, oklah tue,ada gak friendly match, tapi bukan kelas A.....
    tp ada lak desas desus cakap, kenape FAM pilih selangor je, adoi... dah kos utk. perlawanan dengan Selangor lagi murah, sebab tu lah FAM pilih Selangor (",)

    BalasPadam
  5. @Pesta Jiwa ~

    itulah yang ruginya, tak dapat perbaiki ranking FIFA (",)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.