Bajet 2012 | Belanjawan 2012 Online
UPDATE 28/9/2012 : Klik sini untuk tengok Bajet 2013 secara online
________________________________________________________________________________
Link Untuk tengok online Live Streaming Pembentangan Bajet 2012 yang bakal berlangsung jam 4.00 petang nanti... Ini link High Quality punya... Terima Kasih RTM (",), Untuk Pra Bajet 2012 yang aku list kan tengok di 6 Perkara Pra Bajet 2012 : Belanjawan Malaysia 2012
2x KLIK Untuk paparan FULL SCREEN.
SILA REFRESH PAGE BEBERAPA KALI JIKA ANDA TIDAK DAPAT LIHAT LIVE STREAM DI BAWAH KERANA LINE NETWORK YANG SESAK...
Jangan Lupa ikuti Analisis Bajet 2012 di TV1 jam 9.00 Malam, Jumaat 7 Oktober 2011.
Jika tidak dapat juga sila ke link MEDIA di laman web rasmi Perbendaharaan www.treasury.gov.my
Bajet 2012: “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”
Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan Kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI khususnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.
Bajet ini akan memberi penekanan kepada lima fokus utama:
Fokus Pertama: Meligat Pelaburan
Fokus Kedua: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi
Fokus Ketiga: Program Transformasi Luar Bandar
Fokus Keempat: Memperkejap Perkhidmatan Awam
Fokus Kelima: Meredakan Inflasi dan Mengimarah Kehidupan Rakyat
MELIGAT PELABURAN
- Pakej Rangsangan Khas – RM 6 Bilion
- Meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan
- Pelaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 bilion
- Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas
- Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion
- Pembangunan Lima Wilayah Koridor (RM978 juta)
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)
- Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan
- Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan
- Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membiayai PKS yang terlibat dengan bencana alam
- Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 juta – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan
MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi
- Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah
dan IPTA - Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru
- Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia
- Program realiti dan dokumentari di media
- Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)
- Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru – jangkaan GNI, RM30 Bil.
- Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum
INSENTIF PERCUKAIAN
Industri Perbankan & Kewangan & Pelaburan
- Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun,
- Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan
perjanjian perkhidmatan. - Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai
pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun - Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan
perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD. - Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan
penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012. - Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk
bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi. - Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas
pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam
Amanah Pelaburan Hartanah (REIT). - Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.
- Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang
francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid. - Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.
- Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah
- Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun.
- Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.
- Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.
- Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship.
- Insentif percukaian untuk Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans.
Industri Perhotelan
Lain-lain
PENDIDIKAN
- Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah – RM1 bilion
- Pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah
- Potongan cukai – kepada penderma program persekolahan (individu & syarikat)
- Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.
- Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 di seluruh negara
PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
- Melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) – RM1 Bil
- Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & S’wak
- Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%.
- Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 juta)
- Pembangunan infrastruktur asas luar bandar, RM5 Bilion (bekalan air, elektrik, rumah dan jalanraya)
- Projek Penyelenggaraan Awam-Asas (PIA-PIAS), RM500 juta
- Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur sistem bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
- Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN
- Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan
- Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk
SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM
- Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
- Menambah baik struktur gaji penjawat awam- kenaikan antara 7 hingga 13 peratus
- kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. - Menambahbaik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base
- Guru gred 48 – SSM (tahun ke-20 tahun); SBPA (tahun ke-16) - Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun
- Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)
- Program Army Care – menaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera
- Tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500
PESARA KERAJAAN & BEKAS PEGAWAI KONTRAK
- Pesara Kerajaan
- menikmati pelarasan pencen
- Melaksanakan kenaikan tahunan sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji - Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
- Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
- Program latihan khusus untuk pesara tentera bagi menceburi bidang perniagaan
MEREDAKAN INFLASI & MENGIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
- Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion
- Penerusan subsidi bil elektrik RM20
- Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah.
- Membuka 30 unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara
- Mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia
- Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
- Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT
- Skim Rumah Pertamaku – meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.
- Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang, 1,880 unit
- Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah
- Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, 15,000 unit
- Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20 ribu bagi setiap rumah.
- Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan
PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI
- Membina hospital-hospital, 81 Klinik Kesihatan & 50 Klinik 1Malaysia
- Menambahbaik blok bersalin Hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)
- Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah- Menaikkan elaun on-call semalaman, RM30 hingga RM80
SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA
- Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)yang memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pelaburan ini menjanjikan pulangan bersih yang menarik.
MEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT BUMIPUTERA
- Dana Mudahcara Bumiputera, RM300 juta
- Membimbing 1,100 syarikat Bumiputera berpotensi
- Program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
MERINGANKAN BEBAN PEMILIK TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA PERSENDIRIAN
- Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
- Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
- Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian
- Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan
- Pemberian bantuan untuk menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7-10 tahun / RM1,000 lebih 10 tahun)
- Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,560
YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN
- Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi
ANJUNG SINGGAH
- Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.
MENGHARGAI PERANAN DAN MEMARTABAT WANITA
- Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan
- Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus – RM50 juta)
- Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion kepada usahawan dalam bentuk pembiayaan pinjaman mikro kaum
- Membina Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur
BELIA PENGGERAK MASA DEPAN
- Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.
- Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia).
- 150 gelanggang futsal tambahan di seluruh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim.
- 30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah
MENGHARGAI JASA WARGA EMAS
- Percuma – caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan.
- Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.
PENDAFTARAN AWAL HAJI
- Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum.
Post a Comment