Header Ads

Bolasepak Wanita : Singapura 0-2 Malaysia


Korang tau ke Malaysia menang dengan Singapore 2-0?
Aku baru jer tahu yang Skuad Bolasepak Wanita Malaysia vs Singapore menang 2-0 pada Sabtu 24 September 2011 yang lalu, dah seminggu lebih dah pun.... tahu pun sebab tengok laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Tapi skuad pemain Bolasepak Wanita Malaysia lah yang menang 2-0 dalam aksi persahabatan lawan Singapura...bukan Skuad Kebangsaan Lelaki pun... (",) at least, kita menang.... (",) Ini adalah kemenangan kita yang pertama di arena kompetetif sejak September 2007 kalau tak silap... (",)

Perlawanan Persahabatan Skuad Wanita Kebangsaan
Singapore vs Malaysia 
0-2

Malaysia dan Singapura masing-masing turun dalam perlawanan persahabatan itu sebagai persediaan untuk ke Kejohanan Bolasepak Piala AFF Wanita 2011 yang akan diadakan di Ventiane, Laos sebagai tuan rumah Piala AFF Wanita 2011, bermula dari 16 Oktober - 25 Oktober 2011 ini.


Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Siaaya Ajad pada minit ke-12 dan gol kedua melalui pemain gantian Norsuriani Mazli jaringan pada minit ke-'68 baru 8 minit masuk menggantikan Siaaya Ajad.


Semoga skuad Bolasepak Wanita Malaysia terus beraksi cemerlang menghadapi lawan-lawan mereka di peringkat Kumpulan B Myanmar, Thailand dan Filipina manakala Kumpulan A Piala AFF Wanita 2011 pula diisi oleh pasukan Laos, Indonesia, Vietnam dan Singapura.


Senarai barisan Pemain Bolasepak Wanita Malaysia
Rozaini Bakar (Nuratikah Ramli 85), Siaaya Ajad (Norsuriani Mazli 60), Steffi Sarge Kaur, Angela Anakkis (C), Rozeinie Dusileh (Nabila Waim 63), Esiilah Esar, Saerelynn Elly Pius, Masturah Majid, Norhanisa Yahya, Siti Fairuz ( Maznah Ali 80), Jaciah Jumilis (Zaryatie Zakaria 36) (Fatin Saahida Azmi 60).


Senarai barisan Pemain Bolasepak Singapura
Nur Izyani (Ernie Sulastri 42), Nurul Khairiah (Siti Liyana 32), Siti Nurhidayah (Nur Nadiah 88), Noor Fatin Afiqah, Li Xian, Charmine Lim (Cheryl Chan 78), Kristy Rose (C), Hamizah, Nur Aniqah Imana (Nuranis 76), Roszieva (Brittanie Bartlett 67), Kathleen Ng (Noor Kusumawati 45)



Untuk maklumat lanjut boleh tengok
FAM Official Website
Women’s football: Malaysia beat Singapore
UnOfficial Singapore Football Fan Site 
Women's International Friendly : Singapore 0 : 2 Malaysia



Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

3 ulasan:

  1. takminat bole la..tpi sekali sekala kerling juge...hehe

    BalasPadam
  2. @hyazz
    ermmm...tak minat erk..(",) takpe...pompuan byk lg topik nak citer...hehehe

    BalasPadam
  3. tukar jangan tak tukar... dah tukar nak komen :p

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.