Header Ads

Review Filem The Sorcerer And The White Snake

Review?... aku dah tengok, aku nak review lah jugakkan, tak kiralah dah lama ker, baru lagi ke main kat pawagam kan... (",)

Semalam aku sempat tengok citer Jet Li terbaru iaitu Filem The Sorcerer And The White Snake di TGV Bukit Raja dengan siapa lagi, dengan buah hati pengarang jantung lah kan... kalau ikutkan hati nak tengok sekali dengan filem terbaru Jackie Chan iaitu 1911 tapi tak release lagi malam tadi dan masa pun tak mengizinkan... (",)

The Sorcerer And The White Snake dah macam kategori 18 ke atas pula, tapi zaman sekarang kan dah zaman terbuka dan serba maju canggih...hehe...banyak sangat adegan cium-cium diulang-ulang kat dalam tu bagi nak mengingatkan kembali detik-detik pertemuan mereka...

Terkejut jugak tgk citer nih disebabkan banyak guna teknik-teknik CGI (Imej Janaan Komputer)... ada bab yang macam tak jadi pun ada, kelakar sikit lah kan kalau sebelum nih aku tak pernah atau tak tertengok lagi Catonese Film yang ada CGI...mungkin aku terlepas pandang...hehe...

Frust pun ada dengan jalan cerita terakhir filem ni, yang mana 2 pasangan yang bercinta dipisahkan disebabkan perbezaan dunia masing-masing...Satu dunia hantu ular dan dunia manusia... rasa macam kejam jer Jet Li buat camtu dekat Hantu yang bernama Susu... (",) pergh..Hantu Susu...taktau lah sape pelakon dia, aku kenal Jet Li je...

Aku ingatkan cerita ni macam Shaolin 2011 tue, sekali filem nih banyak aksi lawan dengan hantu daa...tu banyak teknik cgi yang digunakan... lagipun aku tak tengok Trailer The Sorcerer nih sebelum tengok...tu yang ape yang aku jangkakan meleset...hehe korang layan lah dulu trailer dia yer...




Taktau Filem ni tayang sampai biler kat wayang, tapi dah lame dia kuar sejak 29 September 2011, birthday aku nih...tak penah lagi redeem tiket Free dari GSC untuk birthday...rugi-rugi....

Sedikit info mengenai Filem The Sorcerer And The White Snake

Release Date: 29 September 2011
Language: Cantonese
Subtitle: Info Not Available
Genre: Action / Martial Arts
Running Time: 1 Hour 41 Minutes
Director: Tony Ching Siu Tung
Cast: Jet Li, Raymond Lam, Charlene Choi, Eva Huang

Synopsis: White Snake (Eva Huang), in the incarnation of a beautiful lady, falls in love with a young herbalist Xu Xian (Raymond Lam). With the help of Green Snake (Charlene Choi), she ventured into the human world and got married to Xu Xian. In a twist of event, Fa Hai (Jet Li), a sorcerer from Jin Shan Temple, crosses path with White Snake. A fiery battle is about to begin...


Sempat Snap-snap gambar filem terbaru yang bakal keluar ...Apa Tengok-Tengok 27 Oktober 2011,  Misteri Jalan Lama ditayangkan pada 24 November 2011 dan aku nak tengok Lisa Surihani berlakon dalam Papa I Love U tapi lambat lagi nak tayang di pawagam...hujung bulan 12....





Next Filem aku nak tengok ialah 1911 lakonan Jackie Chan...
baru ditayangkan hari ini... 13 Oktober 2011 tapi bila yer...

Mungkin ada yang dah download Filem The Sorcerer And The White Snake di internet, tapi bagi aku, filem-filem macam ni lagi syiok tengok kat pawagam...1911 sudah semestinya aku tengok di pawagam...lainlah rumah aku Home Theathre dah macam pawagam....confirm layan kat rumah... (",)






2 ulasan:

  1. haha... layan gak ke cite2 tu? mcm tak caye..

    rin pun tengok tapi site korea lah,. hihi

    BalasPadam
  2. @RinsyaRyc mesti layan... cite Jet Li n Jackie Chan...mesti tonton... huhuhu.... korea erk... ala ...korea tak tgk sejak drama ape ntah...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.