Header Ads

17-11-2010 : Penangan Ekor Lembu!!!


Hurm...entry kali ini DVII nak menceritakan mengenai Ekor Lembu yang ingin dibuat sudah tentulah 'Sup Ekor' pergh... Disebabkan Majlis Korban di SPAA 2010 kali ini telah dibuat undang-undang baru yang saya sendiri tidak faham macam mana, jadi memang tak dapat ler nak merasa sup ekor buatan sendiri di rumah... Datanglah satu idea dari Abang DVII yang mana meminta menghubungi Pakcik Saudara DVII : Pak Ariff yang berada di PJ untuk bertanyakan hal mengenai ekor lembu, kalau-kalau ada lagi lah kan...so Pak Ariff pon memberi jawapan yang akan menghubungi DVII kalau ada untuk kitorang.

Lebih kurang jam 7.00 malam panggilan diterima dan kata putus DVII & Fam. akan pergi ke sana selepas Maghrib. Tepat jam 8.00 malam WRK menuju ke PJ dan bermulalah edisi menanggalkan kulit ekor lembu tersebut.(ada 3 ekor tue...) Rezeki dah ada, so takkan nak tolak lak, mesti la buang kulit ekor tue dulu kan....jadi kesimpulan di sini, ekor lembu yang pertama agak senang dalam 80% sahaja sudah tertanggal, ekor lembu kedua yang sangat-sangat hebat.....lama juga untuk ditewaskan.... tetapi ekor lembu yang ketiga? punyalah senang 100$ tanpa perlu mengeluarkan tenaga yang banyak...macam mana yer? hurm... DVII bagi tips sikit...

1. kene potong ekor lembu tu dari atas ke bawah...pastikan potongan bersambung ke bawah yer...
2. lapah kulit ekor lembu tu dulu supaya dapat tempat untuk pegang, nanti nak tarik senang.
3. agak-agak macam dah senang untuk ditarik...so apalagi...tariklah sekuat hati..
selamat mencuba!!!

Jadi dalam 11.00 malam, DVII dan Fam. bergerak meninggalkan PJ kerana hari telah lewat dan keesokkannya bekerja.Tiba di DVII House lebih kurang jam 11.30 malam dan masa untuk tidor..Sekian...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.