Header Ads

SUKAN : Arsenal tumpas di tempat sendiri kepada Spurs


Sabtu, 20 November 2010

Sumber: D5 Sports

Image © AFP

Pertahanan Tottenham Hotspur, Younes Kaboul (kanan) bersama-sama Jermaine Jenas meraikan gol kemenangan ke atas Arsenal dalam perlawanan EPL di Stadium Emirates pada 20 November 2010. Spurs menang 3-2.

LONDON, (D5 Sports) - Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat kemenangan bergaya 3-2 ke atas musuh tradisi, Arsenal dalam pertemuan mendebarkan yang berlangsung di Stadium Emirates dalam saingan EPL.
Pertahanan Tottenham, Younes Kaboul melengkapkan kebangkitan Spurs dengan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-86 selepas Arsenal sebelum itu selesa pada separuh masa pertama dengan hasil jaringan Samir Nasri dan Marouane Chamakh.
Gareth Bale bagaimanapun mengurangkan defisit gol pada minit ke-50 dan Rafael van Der Vaart kemudian menyempurnakan penalti pada pertengahan separuh masa kedua selepas kapten Arsenal, Cesc Fabregas tertampan sepakan percuma bintang Belanda tersebut.
Kekalahan tersebut menyebabkan Arsenal gagal mengambil alih tampuk persada EPL dan kini kekal di tempat kedua dengan 26 mata.


* sumber Sport MyLaunchpad

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.