Header Ads

18-11-2010 : Kedai Makan Semua Tutup!

Salam, haa...malam ni DVII hendak berceritakan tentang Kedai Makan / Restoran sempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha nih...occay!

Selepas cuti sehari raya pada hari Rabu, Khamis DVII terpaksa masuk ke 'office' semula walaupun suasana di 'office' masih dalam 'mood' raya. Ramai 'staff' mengambil cuti rehat, mahupun cuti kecemasan bagi mereka yang tak berkesempatan memohon sebelum cuti hari tue, tidak kurang juga, mungkin ada yang mengambil cuti sakit...hehehe...

Setelah ke pej. di depan, DVII telah dikirim untuk membeli bubur caca di UNIKEB. DVII pergi bersama WRK - 5 org. :) Sampainya di sana, mereka mengatakan 'sila datang hari Isnin'. huhuhu...lamanye tutup... dengan perasaan hampa dan kecewa, DVII n Friends beransur mencari tempat lain untuk mengisi perut. 'Food Court' di pasar menjadi destinasi kami, nampak dari jauh memanglah macam tutup, tapi setelah pergi dekat, ada juga yang buka kedai makannya, Syukur, Alhamdulillah... :) DVII pekena Nasi Kerabu + Teh O Ais, tetapi diberinya Limau Ais...huhuhu...takpelah, DVII redha saja...

Kebetulan, terjumpa pulak DVII dengan seorang 'bro' yang macam dikenali, DVII tegur betullah ianya 'bro jaha' yang sama-sama bekerja dengan DVII di Kilang Onkyo dulu, Dia datang bersama X-Leader DVII iaitu 'bro pani'. DVII meluangkan masa bercerita sakan sebentar dengan rakan lama...3 tahun yang dulu punya kisah tue... ;)

Setelah selesai makan, lebih kurang jam 9.30 pg DVII pulang semula ke 'office'. Dan kembali bekerja seperti biasa.

-SKIP-

Petang jam 6.00 DVII dapat panggilan daripada Ayah yang bertanyakan mengenai rancangan untuk makan di luar bagi meraikan 'birthday' abg DVII yang menyambut hari kelahiran pada 27 Oktober yang lalu...masih belum diraikan...jadi DVII perlu pulang untuk berbincang tentang destinasi makan menjadi pilihan keluarga.

Dalam perjalanan pulang, DVII perasan semua kedai makan/restoran di kiri dan kanan jalan 'TUTUP'. Ini menyebabkan DVII terpaksa 'call' Mama DVII untuk beritahu Mama yang mungkin terpaksa batal plan malam nih, Mama bersetuju.

* Makan 'Sup Ekor' jer kat umah,
* Makan Nasi + Sup Tulang...

Plan terpaksa ditunda...huhuhu

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.