SUKAN : United terus beri tekanan, Chelsea tewas lagi
Ahad, 21 November 2010
Sumber: D5 Sports
Sumber: D5 Sports
Image © AFP
Pemain Manchester United, Patrice Evra meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan semasa pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Wigan Athletic di Old Trafford pada 20 November 2010.

LONDON, (D5 Sports) - Manchester United terus memberi tekanan kepada pendahulu liga Chelsea selepas berjaya menewaskan Wigan Athletic 2-0 yang terpaksa bermain dengan lapan orang pemain, manakala nasib malang terus melanda anak buah Carlo Ancelotti apabila tewas 1-0 kepada Birmingham hari ini (Sabtu).
Perbezaan gol sahaja memisahkan antara anak buah Alex Ferguson dengan pendahulu liga Chelsea yang telah mengalami kekalahan ketiga berturut-turut.
Dua gol United dijaring menerusi tandukan pemain pertahanan Patrice Evra (minit 45) dan juga penyerang Javier Hernandez (m 77) untuk sekaligus menafikan peluang anak buah Roberto Martinez.
Dua pemain Birmingham iaitu Antolin Alcaraz dan Hugo Rodallega menerima padah apabila dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.
Tanpa kehadiran tonggak utama John Terry dan Frank Lampard yang tercedera nyata memberi kesan buat jurulatih Chelsea, Ancelotti apabila barisan pemainnya tampak lesu dan mereka dihukum menerusi jaringan menarik oleh pemain tengah Birmingham, Lee Bowyer pada minit 17 separuh masa pertama.
Di dalam satu lagi pertemuan kelompok empat pasukan teratas, Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat kemenangan bergaya 3-2 ke atas musuh tradisi, Arsenal dalam pertemuan mendebarkan yang berlangsung di Stadium Emirates.
Pertahanan Tottenham, Younes Kaboul melengkapkan kebangkitan Spurs dengan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-86 selepas Arsenal sebelum itu selesa pada separuh masa pertama dengan hasil jaringan Samir Nasri dan Marouane Chamakh.
Gareth Bale bagaimanapun mengurangkan defisit gol pada minit ke-50 dan Rafael van Der Vaart kemudian menyempurnakan penalti pada pertengahan separuh masa kedua selepas kapten Arsenal, Cesc Fabregas tertampan sepakan percuma bintang Belanda tersebut.
Dengan kekalahan ini Arsenal jatuh di tempat ketiga liga dengan 26 mata.
Lain-lain keputusan menyaksikan Bolton Wanderers membelasah Newcastle United 5-1, Stoke City menewaskan West Bromwich 3-0 dan Blackpool menewaskan Wolverhampton 2-1.
Satu lagi perlawanan pagi tadi antara Liverpool menentang West Ham menyaksikan anak buah Roy Hodgson bangkit daripada siri kekecewaan dengan kemenangan bergaya 3-0 di laman sendiri.
Gol-gol Liverpool dijaringkan oleh Glen Johnson (min 18), Dirk Kuyt (m 26) dan Maxi Rodriguez (m 38).
Kemenangan ini menyaksikan pasukan The Kop berada ditangga ke sembilan liga dengan kutipan 19 mata keseluruhan.

* sumber Sport MyLaunchpad
Post a Comment