Pasar Malam Brinchang, Cameron Highlands | defarhano.com
D7

Ahad, 14 November 2010

Pasar Malam Brinchang, Cameron Highlands


Pasar Malam Brinchang yang terletak di Pekan Brinchang mengikut kata peniaga di situ apabila ditanya oleh DVII, ianya beroperasi SETIAP HARI pada MUSIM CUTI, dan jugak pada Jumaat, Sabtu dan Ahad pada hari-hari biasa. Setibanya DVII & Fam. ke Cameron Highlands dan selepas 'check in' di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands, tiada rancangan untuk pergi melawat ladang-ladang strawberi mahupun ladang teh kerana jam sudah menunjukkan 4.00 petang.

Oleh itu, DVII telah keluar ke Pekan Brinchang untuk jalan-jalan awal sebelum keluar bersama keluarga. Tak sangka, jalan amat sesak petang tersebut sehingga ke TPM Brinchang. Setelah mendapat parkir sebelum TPMB tersebut, DVII berjalan-jalan di kedai berdekatan, didapati terdapat banyak barang-barang Cameron Highlands yang dijual di situ termasuklah 'key chain', aneka bantal strawberi, pakaian cameron, dan ada juga kedai yg menjual pelbagai pokok bunga termasuk kaktus, orkid, periuk kera dan pelbagai lagi.


Seterusnya DVII meneruskan perjalanan ke depan dan terkejut juga kerana Tepat dengan waktu Pasar Malam, sedangkan sangkaan hanya untuk berjalan-jalan sekitar pekan sahaja. Alang-alang dah sampai, DVII meronda di sekitar TPM Brinchang dan mendapati harga barang-barang dan sayur-sayuran yang dijual amatlah berpatutan. Pengunjung juga perlu melakukan tawar menawar untuk mendapatkan harga yang lebih rendah, ini kerana DVII berjaya mendapatkan 3 Pek Cendawan pada harga RM6.00 sedangkan 2 Pek untuk RM5.00 :), di gerai lain 4 untuk RM10.00. So DVII cadangkan pengunjung perlu bijak tawar menawar.

Terdapat juga hotel-hotel di sekitar Pekan Brinchang yang boleh dilihat, di pasar malam juga ada disediakan Apartment / Rumah untuk disewa yang dipamerkan oleh peniaga-peniaga tersebut untuk kemudahan pengunjung.

* sayuran
* souvernir
* buah-buahan
* bantal
* pakaian
* dan lain-lain lagi.
* KEY CHAIN / MAGNETIK amat murah di TPM Brinchang berbanding di tempat lain.

So sediakanlah secukupnya untuk membeli belah tanpa halangan kewangan ya!!!

Disertakan peta Cameron Highlands di http://farhancr7.blogspot.com/2010/11/map-of-cameron-highlands.html


pasar malam dekat cameron highlands setiap hari apa, waktu operasi pasar malam cameron, cameroon, pasar malam brinchang, pasar tani cameron, pasar malam cameron, pasar strawberi, 
Like this article? TQ

By BoyPJ with No comments comments
Kritikan Rakan Facebook
0 Kritikan Rakan Blogger

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADS FROM SPONSOR

TINGGALKAN LINK ANDA

    • Popular
    • Archives
    • Categories