Header Ads

Sinopsis Filem Karipap Karipap Cinta | Trailer Filem Karipap Karipap Cinta (PIC)





 Sinopsis Filem Karipap Karipap Cinta | Trailer Karipap Karipap Cinta
 
 Filem Karipap-Karipap Cinta bengenre Komedi Romantik ini juga bakal ditayangkan di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 1432h nanti pada 31 Ogos 2011 serentak dengan Filem Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd. Karipap Karipap Cinta terbitan dari Cinematic Sdn. Bhd oleh Penerbit Othman Hafsham.
 
Untuk rekod, Othman Hafsham pernah memenangi Festival Filem Malaysia (FFM) ke-7 menerusi Filem Rahsia bergenre seram yang pertama menjadi pemenang Filem Terbaik pada FFM edisi ke-7 tahun 1986-87. Jadi diharapkan Filem Karipap Karipap Cinta yang diadaptasi dari sebuah novel ini juga mampu menjadi garapan terbaik dari Othman Hafsham untuk kepuasan penonton. 
 
Dibintangi oleh Pelakon Utama iaitu Artis Kontroversi Gambit Saifullah dan Melia Aimellia diharap dapat memberi sesuatu yang baru kepada peminat filem tempatan tanah air. Saksikan Karipap Karipap Cinta di pawagam pada 31 Ogos 2011! 
 




Sinopsis Karipap Karipap Cinta:

Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.

Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.

Pengarah Filem Karipap Karipap Cinta
Othman Hafsham

 Pelakon Utama Karipap Karipap Cinta
Gambit Saifullah : Ali (Pelakon Utama)
Melia Aimellia : Sarah (Pelakon Utama)
Eman Manan : Dato' Razali Bunari (Pelakon Pembantu)
Sani Sudin : Bart Rasta (Pelakon Pembantu)
Rosnah Johari : Ibu Sarah (Pelakon Pembantu)
Patrick Teoh : Uncle Hong (Artis Jemputan)
Chef Wan : Chef Wan (Artis Jemputan)
Ery Zukhairi : Amran (Pelakon Pembantu)

Krew:
Daven R : (Pengarah Fotografi)
Azwan Aziz : (Pengarah Seni)
Kate James : (Penyunting)


Tempoh Filem: 110 minit

Penerbit:
Othman Hafsham : (Penerbit)
 
Trailer Filem Karipap Karipap Cinta 


Gambar gambar dalam Filem Karipap Karipap Cinta
 

Gambit Saifullah dan Ali Mamak(bukan Ali Mamak kan?...)

Melia Almellia
Eman Manan turut buat come back berlakon





Babak Gambit Saifullah ditangkap khalwat.
Nantikan dan saksikan tayangan Filem Karipap Karipap Cinta pada 31 Ogos ini.


 
 





Karipap Karipap Cinta, barisan pelakon Filem Karipap Karipap Cinta, Filem Karipap Karipap Cinta, sinopsis Filem Karipap Karipap Cinta, review Filem Karipap Karipap Cinta, jalan cerita Filem Karipap Karipap Cinta, pelakon utama Filem Karipap Karipap Cinta, pengarah Filem Karipap Karipap Cinta, watak Gambit Saifullah, watak Melia Amellia, tiket tayangan Filem Karipap Karipap Cinta, kutipan tiket Filem Karipap Karipap Cinta, Malay Comedy movies, Filem Komedi, Watak aLI dalam Filem Karipap Karipap Cinta, Watak Sarah dalam Filem Karipap Karipap Cinta, Selebriti Kontroversi Berpelukan dalam Video Klip

6 ulasan:

  1. hurm..boleh tahan ler..harap2 boleh g tengok lau free..hee~~

    BalasPadam
  2. heeee...akak tgk kat Youtube je la farhan, heeeee...jahat tak akak?

    BalasPadam
  3. @eMMe ~

    wah...tengok kat youtube xde sinopsis yang best camni...hehehe....

    sangat JAHAT!.....

    BalasPadam
  4. @NuRuL HoNeY ~
    ntah...rase cam xbest...hahaha....jahat tak?...tapi disebabkan gambit yang berlakon, mungkin ada pengikut tersendiri la kot....

    BalasPadam
  5. ensemnyaaaa gambit...karipap pon jd tajuk filem ka..hehe..

    BalasPadam
  6. @cpahniza ~

    erm...tu ar...makanan leh jd tajuk filem...kuih plak tue,...xde name kuih lain ke...hihi

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.