Header Ads

Youtube Aku Kene Warning - Pelanggaran Hak Cipta



Niat di hati ingin tolong mempromosikan filem berkenaan, tapi rupanya tidak dibenarkan dan dituduh melanggar undang undang hakcipta.


Tak pasal-pasal aku dijatuhkan hukuman bersalah (",) walaupun hanya berkongsikan sebuah Trailer Filem, iaitu Trailer Filem Raya Tak Jadi yang aku share kan di Youtube dengan nama Raya Tak Jadi Trailer (Official HQ) . Ianya telah diclaim oleh pihak grand brilliance ataupun wakil pihak produksi terbabit yang telah upload Filem Raya Tak Jadi Trailer terlebih dahulu. Boleh tengok beza pada jumlah viewer. Jadi disini,bolehlah aku jadikan ini sebagai pengajaran untuk dikongsikan bersama. 


Ini antara Warning Email yang dihantar kat aku.


fromYouTube no_reply@youtube.com
Title : paancr7 - Video dikeluarkan - Pelanggaran Hak Cipta

paancr7 yang dihormati:

Kami telah menyahdayakan bahan berikut akibat daripada pemberitahuan pihak ketiga daripada grand brilliance yang menuntut bahawa bahan ini melanggar:
‪Raya Tak Jadi Trailer (Official HQ)
http://www.youtube.com/watch?v=sXgUDxfX6tE

Sila Ambil Perhatian: Kejadian pelanggaran hak cipta yang berulang akan mengakibatkan pemadaman akaun anda dan semua video yang dimuat naik ke akaun tersebut. Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, sila padamkan sebarang video yang hak ciptanya bukan milik anda dan jangan memuat naik video tambahan yang melanggar hak cipta orang lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dasar hak cipta YouTube, sila baca panduan Petua Hak Cipta.
Jika salah satu siaran anda telah disalah anggap sebagai mencabuli, anda boleh menyerahkan pemberitahuan balas Maklumat mengenai proses ini di dalam Pusat Bantuan.
Sila ambil perhatian bahawa di bawah Seksyen 512(f) Akta Hak Cipta, mana-mana orang yang secara sedar menyalahgambarkan bahan tersebut dan dilumpuhkan kerana kesilapan atau pengenalpastian yang salah, mungkin perlu bertanggungjawab ke atas kerugian.
Yang ikhlas,
— Pasukan YouTube


Klik untuk tumbesaran gambar.


Aku dapat tahu, sebab nak login youtube, tiba² keluar merah ! macam nih...


Yang ni dalam BI, kat email dalam Bahasa Melayu, bergantung kepada option bahasa yang kita subscribe...


Setelah tu aku klik I Acknowledge dan aku dibawa terus ke laman Video Youtube, ditayangkan Video Youtube Copyright School (Pergh, rasa macam disekolahkan pulak...) dalam tu, dia bagitahu lah, apa yang boleh dan tak boleh....(",)
dan kenalah sesi soal jawab, kalau tak, account aku tak dapat masuk lah kan.... (",)


aku rasa banyak gila soalan aku kena jawab, dalam BI lak tue...ades, macam ambil ujian bahasa inggeris pulak...nasib baik soalan objektif, boleh pilih A,B,C,D tapi tak berapa paham...banyak gak merah...hahaha




* Moral of the Story,
Salah Copy dan Download Video,Lagu, dan diUPLOAD semula di Youtube...
kalau jual lagilah menjadi satu kesalahan. (",)
Aku tau aku salah, tapi....takpelah...


TAPI!!!


AKU CUMA NAK SHAREKAN DAN PROMOSIKAN RAYA TAK JADI TRAILER FILEM JE!... BUKANNYE SHARE FULL MOVIE RAYA TAK JADI.... PUN....NAK TOLONG PROMOSI PUN SALAH....TAKPELAH.... GRAND BRILIANCE dah claim macam tu kat aku, METROWEALTH belum lagi claim Trailer Filem dia kat youtube tue...tunggu masa je, kalau dia berkira!...hehehe...takyah lah tolong promosi lepas nih....




Sebelum nih aku tengok orang yang UPLOAD FULL MOVIE KL GANGSTER kat youtube tu dah kena claim oleh SKOP Productions. HeHeHe...kini Aku kena sebab share TRAILER Movie je.. (",)
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Lihat disini!

8 ulasan:

  1. Haha. Dorang takut nanti bro mitk komisen psl promote filem dorg kot.HAHAHAHA.

    Nafsu Remaja vs PArt Time!

    BalasPadam
  2. diorng claim kena bayar ke?...ish3...pelik2

    BalasPadam
  3. @Abe Goreng ~

    HaHaHa... minta komisen ek bro?,kalau aku minta pon, rasanya tak luak dari juta-juta yang diorang dapat...huhuhuhu tol x...kemot ar diorang neh

    BalasPadam
  4. @DeQWa ~

    diorang claim yang video tu hakcipta diorang kat Youtube, jadi Youtube delete ar dari account boy, so boy lak kene la lalu jalan cerita semua di atas...huhuhu.... kalau claim duit...melampau ar....bukan JUAL movie diorang pon

    BalasPadam
  5. royalti tinggi nti nk bgi kat ko kot

    BalasPadam
  6. tahniah bro... blogg makin ngetoppp

    BalasPadam
  7. @Afiq Din ala...filem untung juta2, royalti nak bagi kat aku memang tadelah...huhu....

    BalasPadam
  8. @boykl (",) ...usaha tangga kejayaan...sikit2 lama jadi bukit... pelan2 kayuh je ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.