Header Ads

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2011 Termahal Dalam Sejarah


Harga Tiket Final Piala Malaysia 2011 Terengganu vs Negeri Sembilan telah ditetapkan RM50 bagi semua tempat duduk dan akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober 2011 ini dan boleh dibeli mulai esok. Ini merupakan harga tiket termahal bagi tempat duduk biasa buat penyokong bolasepak tempatan. Kenapa harga tempat duduk biasa boleh jadi mahal macam ini?... Adakah atas dasar soal keselamatan penyokong dan kos kerosakan yang belum tentu dibuat oleh penyokong terpaksa ditanggung terlebih dahulu oleh peminat setia yang popular dengan slogan Hobin Jang Hobin dan Peteh Ganu Peteh?... (Macam mereka yang nak penyokong rosakkan Stadium!... dah bayar mahal2x...stadium tak rosak...bukan ley dapat balik duit pun...!!!)


RM50 untuk dewasa
RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


30,000 tiket kepada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan
30,000 tiket kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu
5,000 tiket akan dijual di Stadium Shah Alam pada hari perlawanan Akhir,




Tiket berharga RM50 mula dijual esok
KUALA LUMPUR 24 Okt – Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini akan mula dijual esok dengan harga RM50 bagi semua tempat duduk.
Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam. – Utusan

Janganlah mengambil kesempatan di atas sikap penyokong bola sepak tempatan yang kembali memenuhi stadium dengan menaikkan harga Final Piala Malaysia sesuka hati. Jika tahun 2008 dahulu RM20 dan 2009 menjadi Rm30 atas alasan Kelantan vs Negeri Sembilan untuk menanggung kos, harga terpaksa dinaikkan, dan kini Terengganu vs Negeri Sembilan harga menjadi semakin mahal RM50?... apakah ada sejarah pergaduhan di antara kedua negeri terbabit?... dasar hendak UNTUNG di atas angin!!!


Semoga berita dari Utusan ini adalah satu kesilapan! atau SKRIN LAYAR MAMAK RM1.50 secawan air.... LED TV di RUMAH Sendiri menjadi pilihan... Pilihan di tangan anda!...Sorang RM50, Laki Bini? RM100....


Join Group yang membantah kenaikan harga tiket Piala Malaysia di Facebook
Kami Bantah Harga Tiket Final PM 2011


Antara alasan tak masuk akal berikutkan kenaikan harga tiket Final Piala Malaysia 2011 dari Admin Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang tidak pasti kesahihannya..... Aku agak ini mesti Facebook Palsu FAM yang dikawal untuk memanaskan keadaan penyokong bolasepak tempatan ke atas penyokong Selangor!


Kami memohon maaf atas kenaikan harga tiket,ia dinaikkan untuk penyelenggaraan,pembaikan stadium Shah Alam.Dengan kapasiti stadium Shah Alam adalah stadium nombor dua di Malaysia.Kami yakin ia akan menjadi venue antara salah satu stadium yang terbaik di Malaysia jika dipulihkan dan diperbaiki.Tahun depan pasukan lagenda Selangor akan bakan merasakan padang rumput yang baru beserta penaja-penaja dari syarikat yang kaya.Semoga Selangor terus sukses di Malaysia.

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. mahal nak mampus....sah2 la kami x g...hehhe..dia salah nak naikkan harga masa final terengganu vs n9 tu...lain la kalau RED WARRIOR...bape harga pun demo sanggup byar..ni...tgok la..mesti stadium x penuh...siap ley joget2 kat atas kusi tu ramai2..hihihi

    BalasPadam
  3. @Akulah Pak Lan cari untung pon agak2 la... ni cekik darah sampai RM50, konon2 kerajaan negeri la plak kene bg subsidi!... abes yang tak balek negeri memasing..camne nak dpt diskaun neh..huhu

    BalasPadam
  4. @chinta... yeay! tak pergi!... RM50 sore..kalau 2?...huhu...tengok depan TB mamam kFc pon kenyang!

    BalasPadam
  5. haaaaa lamanya xmai sini!! tudiaa...tp mahai2 pon beli gak kn? :p

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.