Header Ads

Wedding + Kampung Halaman...

Hari ini DVII dan keluarga menghadiri kenduri saudara belah ayah yang dibuat di Dewan C Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) di Serdang, Selangor. Apa yang menariknya ialah Dewan yang berlangsungnya majlis kenduri kahwin tersebut amat besar dan mempunyai hawa dingin / air-cond yang mencukupi buat menampung tetamu yang ramai, sebelum masuk dewan tersebut juga ada disediakan bilik rehat untuk VVIP, dalam hati DVII berkata...berapalah kos sewa dewan seperti itu untuk satu majlis yer...? HuHuHu...(gambar tidak dapat disnap...)

Inilah ruang atau bilik rehat sebelum masuk ke dewan utama yang DVII maksudkan, gambar bilik tiada sebab ada nenek sedang berehat dan berbual mesra dengan tetamu a.k.a saudara mara...memang kelas lah tempat ni.

Goodies bag yang DVII dapat, ada gelas kat dalam dia, TQ...;-)

 Dan sebelah malam pula DVII pergi ke Tesco Nilai yang baru buka...baru??? dah lama lah jugak kan...HeHeHe..tapi DVII 1st time pergi lah ni, dan juga 1st time jumpa koleksi bantal doraemon, pergh...bestnya, sebab DVII ni dulu-dulunya peminat kartun doraemon, kalau ada tayangan kat TV setiap sabtu jam 7.30 malam mesti tengok punyalah, tapi itu dulu...HeHeHe...

Comel-comel jer bantal doraemon nih, rasa macam nak sambar jer satu....;-)
Yang ini pula ialah funfair...siapa yang tak tahu funfair tu apa kan...dulu-dulu memang popular lah, dah jarang kita nak jumpa pesta fun fair ni sekarang, tapi tadi DVII perasan yang ramai juga serbu tapak pesta fun fair berhadapan dengan Tesco Nilai ini, mungkin selepas membeli belah kot...cuba letak tempat lain...confirm tak ramai orang yang pergi...;-)

DVII kini di kampung bonda terchinta iaitu di Kampung Baru Sungai Mahang, Mantin setelah sekian lama tidak bermalam di kampung. Tiada apa yang menariknya minggu ini untuk pulang ke kampung, kerana sanak saudara yang lain tidak turut serta pulang bersama, mungkin ada aktiviti atau pelan lain agaknya, jadi DVII dan keluarga serta tuan rumah di kampung iaitu pakcik DVII sendiri.

Duduk di rumah ni terpaksalah buat apa yang patut, disebabkan hari ini hari sabtu...jadi tayangan bola sepak adalah menjadi perkara utama yang perlu ditontoni...HeHeHe...sayangnya Manchester United main malam esok...lewat pulak....tadi DVII tengok live game Chelsea vs Tottenham Hotspurs. Ingatkan Spurs dapatlah kalahkan Chelsea tu, tetapi sebaliknya...

Rasanya Harry Redknapp tu patut tukar Gomes tu disebabkan asyik melakukan kesilapan yang sama dari jauh, Chelsea pula dah tau kelemahan Gomes, selalulah buat rembatan luar kotak penalti...Chelsea dapat gol kemenangan dua minit sebelum permainan tamat...arghhhhhhhhhh....tak suke tak suke tak suke.......
tunggu malam esok...minta2 United menang...huh!

2 ulasan:

  1. Dah lama x pi nilai... :)
    Doraemonnnn! ^^

    BalasPadam
  2. @Dewi Batrishya ~

    dah lama xpergi nilai?...so kene lah pergi...heHeHe...

    mai ler...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.