Header Ads

Super Sunday Match : Chelsea vs Manchester United @ Stamford Bridge

19 Disember 2010 merupakan tarikh yang pasti ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak Liga Perdana Inggeris (English Premier League) kerana pertembungan Manchester United bertandang ke Stamford Bridge menentang juara bertahan Chelsea. Manchester United yang masih belum kalah dalam liga setakat ini berjaya mendapat suntikan aura mengatasi Arsenal 1-0 di Old Trafford minggu lalu dan merampas takhta liga perdana. Sedangkan Chelsea pula masih tercari-cari rentak kemenangan kerana hanya mampu mengutip 6 mata dari enam perlawanan liga, tetapi Ancelotti telah memberi amaran bahawa anak buahnya telah bangkit dari musim suram apabila berjaya mengikat Tottenham Hotspurs pada separuh masa kedua 1-1 minggu lalu.

Dengan Manchester United ingin meneruskan rentak tanpa kalah dalam liga dan telah mengutip 20 mata dari 8 perlawanan, pasti satu perlawanan menarik akan dapat disaksikan malam esok. DVII berharap skuad kesayangan DVII iaitu Red Devil menang mengatasi Chelsea malam esok dengan menamatkan kemarau kemenangan di Stamford Bridge sejak 8 tahun lalu. Semoga gandingan Rooney-Berbatov menjadi malam esok untuk memecahkan kekebalan gawang Chelsea yang dikawal oleh Peter Cech.

Chelsea pula dijangka diperkuatkan dengan kepulangan Frank Lampard ke dalam skuad utama setelah berehat panjang, masuk sebagai pemain gantian menentang Spurs minggu lalu sebelum turun bagi mencari kemenangan pertama Chelsea malam esok.

*** DVII harap Ji-Sung dapat jadi pemusnah Chelsea setelah berjaya menundukkan keegoaan Arsenal di Old Trafford minggu lalu. Glory-Glory Man. United!!! Sama-sama kita nantikan dengan harapan keputusan perlawanan Chelsea vs Manchester United ini akan berpihak kepada Red Devil!!!

Chelsea vs Man. United Online Streaming Live Match at p2pstation tomorrow night.

4 ulasan:

  1. Kawan minat Chelsea. Tu yg harap Chelsea dpt leburkan rekod tanpa kalah MU.

    Apapun harap "game" esok sengit tapi menarik. :)

    BalasPadam
  2. owh...fan's chelsea yer..takpe2...MU pun berharap dapat leburkan rekod 8tahun tanpa kalah Chelsea-MU di stamfard bridge...lama tu 8 tahun xpenah kalah rekod pertemuan stamford bridge...huhuhu

    BalasPadam
  3. yeah...MU will win, the game hve been postponed :(

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.