Header Ads

Konsert WOW! @ Putrajaya : HUJAN, AWIE, ELLA, AMY SEARCH, RAMLI SARIP dan ramai lagi...

Nampaknya bulan Februari nanti, Putrajaya akan kembali sesak disebabkan berlangsungnya Karnival WOW! Putrajaya pada 11-13 Februari 2011. Sudah pasti akan menjadi tumpuan seluruh warga Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan...mungkin dari luar kawasan tersebut pun sampai di Putrajaya untuk memeriahkan majlis...

Karnival ini berlangsung sempena sambutan 10 Tahun Pengisytiharan Putrajaya Sebagai Wilayah Persekutuan yang bersekutu juga dengan Labuan dan Kuala Lumpur di dalam 1 Wilayah.

Di antara aktiviti yang menarik yang telah dirancangkan oleh pihak penganjur iaitu Perbadanan Putrajaya ialah
: - 
  1. Pertunjukan Bunga Api
  2. Pertandingan Fotografi
  3. Hot Air Balloon
  4. Auto Saloon Show
  5. Futsal
  6. F1 Simulator
  7. F1 Power Boat
  8. Harley Davidson
  9. RC Demo
  10. Upin & Ipin
  11. Vintage Car
  12. Tatoo ATM
  13. Layang-layang King
  14. Sukan Rakyat
  15. Bridal Showcase
  16. Gerai Jualan & Makanan
  17. Dan Banyak Lagi..................
Konsert WOW! Putrajaya akan diadakan pada 12hb Februari 2011 Sabtu jam 9 malam di Pentas Utama

Dijemput semua datang memeriahkan majlis dari 11-13 Februari 2011 yang bertempat di Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya : MASUK PERCUMA!!!

Poster Karnival WOW! @ Putrajaya 2011
KLIK utk. pembesaran imej.

Sila KLIK imej dibawah untuk mendapatkan jadual aktiviti selama 3 hari karnival berlangsung dan maklumat lebih lanjut...


UPDATE : 

Penutupan jalan Persiaran Perdana Presint 2 dari Persimpangan Bangunan/Wisma Keusahawanan (dulu MeCD) hingga ke Bangunan Bahagian Perumahan (jalan menghala ke Masjid Putra) akan ditutup bermula hari Jumaat 4 Februari 2011 hingga 14 Februari 2011. Ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan kelengkapan dan peralatan logistik sempena Karnival WOW! Putrajaya. Segala kesulitan amat dikesali.


Pelan Lokasi Terkini untuk Karnival WOW! Putrajaya 2011


Untuk maklumat lanjut berkenaan Karnival Wow sila layari laman ini di Facebook Karnival WOW! Putrajaya 2011

Pertandingan Fotografi Sempena Karnival WOW! Putrajaya
Rebutlah peluang memenangi hadiah berbentuk wang tunai dengan menyertai pertandingan mengambil gambar berkaitan Karnival WOW! Putrajaya. Semua penyertaan hendaklah dihantar pada 12 Februari 2011 sebelum jam 4 petang di khemah urusetia di Tapak Karnival Wow! Putrajaya. KLIK untuk imej yang lebih jelas

Yuran penyertaan:
Terbuka : RM 20
Pelajar IPT : RM 10
Pelajar Sekolah : Percuma



1 ulasan:

  1. nica info.. nak pergi jugak... blh mintak share sikit mklumta tak?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.