Header Ads

United singkirkan Chelsea di Quarter Final Champion League.

 2nd Quarter Final UEFA Champions League
Manchester United 2
 Chelsea 1
[1-0]
Stadium Old Trafford
2.45 pagi (Waktu Malaysia)
United layak argegat 3-1.


Separuh masa pertama berlangsung dengan rentak agak perlahan disebabkan kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan berhati-hati(playsafe). Chelsea mempunya banyak percubaan yang dirembat ke arah gawang dan juga peluang menjaringkan gol menerusi Anelka apabila berdepan Van Der Sar di luar kotak penalti tetapi gagal memperdayakan penjaga gol utama United. Seterusnya Man. United memperoleh gol menerusi Chicarito setelah menanduk hantaran lintang Wayne Rooney tetapi dibatalkan oleh penjaga garisan disebabkan offside.(padahal macam x offside!).

United meneruskan asakan ke kubu Chelsea dari pelbagai arah dan akhirnya memperolehi gol pendahuluan menerusi gerakan cantik Ryan Giggs dan juga Carrick. Seterusnya Giggs membuat larian solo dari penjuru kiri gawang membuat hantaran di depan gol dan disempurnakan oleh Chicharito / Hernandez pada  minit 43 membolehkan United mendahului Chelsea 1-0.

Perlawanan separuh masa kedua diteruskan dengan Chelsea membuat pertukaran pemain, mengeluarkan Fernando Torres dan memasukkan Drogba. Ancelotti terus menambah bisa penyerangnya dengan mengeluarkan Anelka untuk memasukkan Salomon Kalou pada minit ke 61'. Perlawanan berlangsung seperti perlawanan EPL, bukan seperti perlawanan corak menyerang Barcelona. Pada minit ke 70' Ramires telah dibuang kerana mengasari Nani untuk menerima kad kuning kedua seterusnya kad merah. Chelsea bermain dengan 10 orang namun memperolehi gol penyamaan pada minit ke 77' melalui Drogba.

Tidak sampai seminit untuk Chelsea berpesta gol tersebut, Park Ji Sung kembali melenyapkan penyokong The Blues dengan menyudahkan hantaran cantik Ryan Giggs pada minit ke 77' juga. Seterusnya United terus mengasak akibat tersentak dengan gol Chelsea. DVII menonton baki perlawanan dengan gelak ketawa dan gembira kerana Chelsea diperkotak-katikkan dengan permainan short-pass United. United menamatkan perlawanan dengan jaringan 2-1 dan layak ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara dengan Argegat 3-1.

Glory-Glory Man. United.!!!~


Kesebelasan Pasukan / 1st Eleven Team

MAN. UNITED
Van Der Sar, O'Shea, Ferdinand, Vidic, Evra, Nani, Carrick, Giggs, Park, Hernandez, Rooney
 SUBS: P. Scholes W. Brown D. Berbatov T. Kuszczak A. Valencia C. Smalling D. Gibson

CHELSEA
Cech, Ivanovic, Alex, Terry, A.Cole, Ramires, Essien, Lampard, Anelka, Torres, Malouda

2 ulasan:

  1. terbaiklah MU! *walaupun sedih tak dapat tgk sbb tgh kat hostel; tak ada tv nk tgk; member tak minat bola:tak blh ajak lepak maplay tgk bola :( + streaming sekat-sekat -___-"*

    BalasPadam
  2. @farah ~ glory-glory!

    sedey ek xdpt tgk... len kali pakse jerk member tu teman...HaHaHa... takpe...Semi-Final ade lagik...pastikan MU ke Final!~

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.