Header Ads

Maybank/CIMB/RHB Other Bank @ Bank EMAIL Security Update SCAM!!! Sila ABAIKAN Email anda...


Ini adalah PENIPUAN yang sememangnya telah dinasihatkan oleh pihak bank dari awal-awal lagi ke pengguna mahupun pelanggan bank berkenaan. DVII pernah menerima kiriman SMS dari no. server mewakili pihak MAYBANK menyarankan serta menasihatkan agar mengabaikan sebarang security update yang perlu dilakukan secara terus menerusi EMAIL yang diterima oleh kita.

Disini DVII sertakan gambarajah yang membuktikan kelicikan pengirim EMAIL SCAM berkenaan untuk menipu pengguna yang terlena/cuai dengan hanya menurut perintah sahaja untuk mengupdate akaun bank ataupun account security update. SEDANGKAN sebarang security update HENDAKLAH DILAKUKAN TERUS DI DALAM TALIAN LAMAN RASMI BANK YANG BERKENAAN tanpa melalui link yang diberi di INTERNET mahupun facebook @ EMAIL.


PICTURE A : -

1 - From : Maybank Group . <security.alert@maybank2u.com.my>
mereka akan menghantar BULK EMAIL dengan menggunakan nama EMAIL RASMI SYARIKAT BANK tanpa perlu login ke email berkenaan dan sudah pasti CLIENT tidak reply email berkenaan. INI HANYA untuk mengaburi mata para pelanggan syarikat bank.


2 -  Subject : Maybank Alert : March 2010 Security Update
SUBJECT juga akan diubah suai supaya pelanggan bank akan terkejut dan mengambil tindakan dengan segera ke atas akaun mereka berpandukan EMAIL berkenaan. JANGAN TERPEDAYA!
(March 2010??? sedangkan sudah era March 2011...)

3 - Logo Rasmi Bank - Harimau Maybank
Mereka akan meletakkan logo rasmi sebagai kepala email untuk memperdayakan pelanggan bank/pengguna email. Seharusnya abaikan sahaja setiap email seperti ini.

4 - Click Here 
Mereka akan meminta semua pelanggan bank / customer untuk mengupdatekan akaun bank masing-masing menerusi CLICK HERE yang telah didirectkan ke link LOGIN palsu @ link mereka sendiri bukan LINK LOGIN RASMI BANK.



5 - Anda seharusnya memerhatikan ORIGINAL LINK setiap hyperlink supaya anda tahu kemana anda akan dibawa setelah link tersebut bakal diklik. GAMBAR DI ATAS SEBENARNYA anda dibawa ke linkhttp://www.jencoproducts.net/mbb/m2u/common/M2ULogin.do.php bukanlah ke halaman rasmi www.maybank2u.com.my mahupun https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login .Nama link login yg hampir sama kalau anda mengkaji link location ataupun COPY LINK LOCATION dengan cara right click di CLICK HERE tersebut.

Sekiranya anda meneruskan mengikuti langkah penipuan berkenaan dengan memasukkan TAC yang diminta, maka selepas beberapa minit, proses pemindahan transaksi kewangan ke akaun tertentu bakal berlaku tanpa pengetahuan anda mahupun anda tahu melalui SMS UPDATE! Cegah Sebelum Terkena!!!

UNTUK KESELAMATAN YANG LEBIH SEMPURNA???

ABAIKAN SEBARANG EMAIL / MESSAGE YANG MENYERUPAI BANK @ SCAM EMAIL @ MEMINTA ANDA MENGUPDATE AKAUN BANK ANDA.!!!

- renung-renungkanlah dan selamat beramal -

*** Beberapa hari lepas ada wanita telah mengalami nasib yang sama dan kehilangan wang RM5.000 seperti dilaporkan dalam Harian Metro.



KESAL...Ayu menunjukkan salinan laporan polis yang 

dibuatnya dan surat daripada bank berkenaan.

RM5,000 lesap bahana e-mel
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque, am@hmetro.com.my

KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.

Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.

Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.

“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.

“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.

“Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan,” katanya.

Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu.

Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan.

“Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.

“Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.

“Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan mangsa pada 2 Mac lalu dan siasatan masih dijalankan.

Mohamad menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan orang ramai membuat pengesahan dengan pihak bank jika maklumat diterima meragukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda.

2 ulasan:

  1. slalu sgt dpt emel mcm nie..tapi akak abaikan je...sbb dulu print tunjok terus kat MBB, diorg ckp xde kene mengena dgn MBB..sbb MBB xkan emel apa² pon...so, skang nie ignore jelah...bkn stakat MBB, RHB pon ade...gila!

    BalasPadam
  2. @Eza Ridzwan ~ betul tu kak, emel camni mmg selalu masuk ke mailbox kita, tapi bg orang yang tersalah pandang atau ambil mudah nak cepat...teros terpedaya...seperti yg terjadi pada mangsa hilang rm5000 tu kan....huhu....last2 die klik juga...
    kite yang lain beringat jer la

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.