Header Ads

Dr Lo' Lo' Ghazali Meninggal Dunia Sebentar Tadi | MP Titiwangsa. -Al-Fatihah



Gambar Jenazah Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Ghazali dibawa untuk dikebumikan pagi ini.

Update 18 Julai 2011 : 


Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.
Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Maklumat lanjut layari Malaysiakini
_______________________________________________________________

 Update Berita Terkini YB Dr. Lo' Lo' Ghazali
 11pm 17 Julai 2011 :
Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.



Akhirnya Dr. Lo' Lo' pergi juga 10.15 malam setelah mendapat panggilan ilahi untuk menghadap yang Maha Esa. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Dr. Lo' Lo Ghazali semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dah dirahmati Allah S.W.T.




AL-FATIHAH


* Sumber dari Harakahdaily & Utusan Online  * sila abaikan entri dibawah mengenai sebelum kematian Dr. Lo' Lo'
________________________________________________________________


 Dr Lo' Lo' Ghazali Meninggal Dunia Tidak Benar!

Petang tadi aku baru terbaca satu artikel yang agak mengejutkan mereka yang membacanya dan ingin klik untuk tahu dengan lebih lanjut iaitu Dr. Lo' Lo' Ghazali Meninggal Dunia 17 Julai 2011.Al-Fatihah. Dr. Lo' Lo' Ghazali merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa sejak PRU 2008.

Setelah aku terbaca mengenai artikel tersebut, barulah aku tahu ianya khabar angin sahaja, TAJUK NAK GEMPAK!... biasalah untuk cari makan (",) dalam dunia internet kot...

Terus aku tengok di Malaysiakini.com dan HarakahDaily tetapi tiada update terbaru tentang Dr. Lo' Lo', hanyalah update mengenai MP PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' 'kritikal'  . Kemudian terus aku akses blog Dr. Lo' Lo' Ghazali di Blog DR. Lo' Lo' untuk maklumat terbaru yang diupdate dari ahli keluarga beliau. * mungkin Editor Malaysiakini tak dapat update terbaru :-)

Kenyataan keluarga YB Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali
"Kami pihak keluarga Dr Lo’lo’ mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan beliau. Untuk makluman, Dr Lo’lo’ sedang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser dan sebarang lawatan adalah tidak digalakkan buat masa ini. Berita mengenai kematian beliau adalah tidak benar. Kami mengharapkan doa daripada semua agar beliau diberikan kekuatan dan ketenangan serta mendapat keredhaan Allah s.w.t." 

 Jadi terbuktilah sudah yang berita mengenai kematian Dr. Lo' Lo' Ghazali yang tersebar di media internet, hanyalah khabar angin semata-mata disamping untuk meraih populariti trafik website / blog mereka tersendiri. 

"Sementara itu, The Malaysian Insider yang menghubungi telefon bimbit Lo’ Lo’ (gambar) dan diangkat seorang lelaki dipercayai anaknya juga menafikan perkara itu.

“Beliau (Lo’ Lo’) masih menerima rawatan, masih hidup... khabar angin itu tidak benar,” jawabnya ringkas."


Lo’ Lo’, 54, kini berada dalam keadaan kritikal kerana kanser yang dihadapinya dan kini dirawat di Hospital Selayang.
Dr. Lo' Lo' Ghazali merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak Pilihanraya Umum 2008 apabila menewaskan Calon BN Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. 

Tidak kira siapa beliau dan atas perjuangan apa yang diperjuangkan, marilah kita doakan Dr. Lo' Lo' Ghazali cepat sembuh melawan penyakit kritikal yang dialaminya dan kembali pulih seperti biasa untuk berkhidmat kepada masyarakat. 

* Kenapa mesti buat tajuk, Dr. Lo' Lo. Meninggal. Buatlah Betul ke Dr. Lo' Lo' Meninggal Dunia?, seolah-olah pertanyaan kepada orang lain. Ini seolah-olah telah mengesahkan beliau telah meninggal dunia walaupun isi dalam blog mempunyai penerangan untuk menafikan tajuk artikel. Jagalah hati orang lain dan ahli keluarga pihak yang terlibat. (Adoi, aku cakap orang pandai kan...hehehe....i'm sorry...sebab tadi rasa macam tertipu!) 


* Blog ini tidak ada kena mengena dengan politik. Harap Maklum. 


AL-FATIHAH


Ahli Parlimen Pas Meninggal Dunia, Dr. Lo' Lo' Meninggal Dunia, Kematian Aktivis PAS, Ahli Parlimen Titiwangsa Meninggal Dunia, Ahli Parlimen Wanita Pas 

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.