Header Ads

Sinopsis Filem Senario Ops Pocot | Trailer Filem Senario Ops Pocot

Sinopsis Filem Senario The Movie Ops Pocot | Senario The Movie Ops Pocot Film Synopsis


Update Link : Review Senario Ops Pocot


Filem Senario The Movie Ops Pocot akan mengeletek pusat anda apabila bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 21 Julai 2011. Ismail Bob Hashim diberi tanggungjawab oleh MIG untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Filem The Movie Ops Pocot. Siapa Ismail Bob Hashim? Takkan anda sudah lupa dengan Filem Ngangkung? beliaulah pengarah yang sama telah memecahkan panggung wayang pada penghujung tahun 2010 dengan kutipan box office.


Kini menerusi Filem Senario terbaru anda bakal digelak ketawakan tak sampai kering gusi oleh Pelakon Utama confirm dari Kumpulan Senario iaitu Azlee, Wahid dan Lan Pet Pet dan turut dibantu oleh tiga pelakon wanita iaitu Diana Amir, Sasqia dan Mas Muharni bagi memeriahkan filem ini. Turut diundang, pelakon veteran yang tidak asing lagi, Mr. OS bakal menambahkan perisa lawak dalam filem ini. Jom baca jalan cerita Senario The Movie Ops Pocot di bawah.


Tagline : Mula PAKSA RELA akhirnya SUKA RELA...RELA ke?
Sinopsis Senario The Movie Ops Pocot
Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun.


Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu memebuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).

Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya?


Pengarah Filem Senario The Movie Ops Pocot
Ismail Bob Hashim


Pelakon Filem Senario The Movie Ops Pocot
Azlee Senario sebagai Azli (Pelakon Utama)
Mazlan Pet Pet sebagai Lan (Pelakon Utama)
Wahid Senario sebagai Wahid (Pelakon Utama)
Diana Amir sebagai Mala (Pelakon Pembantu)
Mas Muharni sebagai Azie (Pelakon Pembantu)
Sasqia : sebagai Ann (Pelakon Pembantu)
Kamal Adli sebagai Hairi (Pelakon Pembantu)


Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar : (Pengarah Fotografi)
Ollynn : (Pengarah Seni)
Kartika @ Sugirah bt Mohammad : (Pembantu Pengarah)
Brian Ng (Kang) : (Penyunting)


Penerbit:
David Teo : (Penerbit)


Trailer Filem Senario The Movie Ops Pocot





Gambar-Gambar Pelakon dalam Filem Senario The Movie Ops Pocot
Lan Pet Pet
 Azlee 
Wahid
Mr. Os




*** Ini adalah re-post dari entri sebelum ini, disebabkan aku rasa nak post kali kedua pasal aku baru balik dari Malam Pratonton Filem Senario The Movie Ops Pocot bersama Artis sebentar tadi. Nak buat Review Senario Ops Pocot aku dah tak larat, esok lah yerk... (",) ... Jom Terjah Wayang 21 Julai 2011







tags : preview Filem Senario The Movie Ops Pocot, barisan pelakon filemSenario The Movie Ops Pocot, Filem Senario The Movie Ops Pocot, sinopsis Senario The Movie Ops Pocot, review Senario The Movie Ops Pocot, jalan cerita Filem Senario The Movie Ops Pocot, pelakon utama Filem Senario The Movie Ops Pocot, pengarah Senario The Movie Ops Pocot, watak azlee senario, watak wahid senario, watak lan pet pet, tiket tayangan Filem Senario The Movie Ops Pocot, kutipan tiket Senario The Movie Ops Pocot, Malay Comedy  movies, Filem Komedi, Watak Sasqia dalam Filem Senario, Watak Kamal Adli dalam Filem Senario, Watak Diana Amir dalam Filem Senario Ops Pocot, Watak Mas Muharni dalam Filem Senario Ops Pocot

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.